Apa Kata Mereka tentang Al-Faqih ?

By nurfarhana mohd yusof
Apa Kata Mereka tentang Al-Faqih ?

Apa Kata Mereka tentang Al-Faqih Learning Academy?

Di Al-Faqih Learning Academy, kami bukan sekadar mengajar, tetapi membina keyakinan, membentuk akhlak dan membuka jalan kejayaan buat setiap pelajar. Berikut adalah beberapa testimoni daripada ibu bapa dan pelajar kami yang telah merasai sendiri pengalaman pembelajaran yang berbeza bersama kami.


Testimoni Ibu Bapa

"Sekarang ni Fahim jadi pembantu Cikgu math. Dia ditugaskan untuk tolong Cikgu ajar budak-budak kelas dia buat math. Cikgu cakap math dia power 🤭🤭. Formula team Cikgu Nurul lah ni.🥰"
— Ibu Fahim - pelajar Tahun 5

"Alhamdulillah Jaq diterima masuk ke SRAI selepas dia belajar dengan Cikgu. Banyak sangat peningkatan dia."
— Pn, Zubaidah, ibu kepada pelajar Tahun 6

"Alhamdulillah sangat memberangsangkan berbanding sebelum hantar dulu. Afeef dah boleh baca buku cerita dah kat rumah tanpa perlu mengeja."
— Mommy Afeef - Pelajar Tahun 2


Testimoni Pelajar

"Saya suka belajar dekat Al-Faqih sebab cikgu ajar satu-satu sampai saya betul-betul faham. Tak malu dah nak tanya cikgu."
— Ammar, pelajar Tingkatan 2

"Kelas Al-Faqih best sebab cikgu fokus dekat saya je. Dulu saya selalu ketinggalan dalam kelas ramai-ramai, tapi sekarang saya dah boleh ikut semua topik."
— Aisyah, pelajar Tingkatan 3

"Cikgu dekat Al-Faqih sangat baik dan sabar. Saya jadi lebih berani nak jawab soalan dalam kelas sekolah sebab cikgu Al-Faqih dah bantu saya buat persediaan awal."
— Zikri, pelajar Tahun 4


Kami di Al-Faqih percaya bahawa setiap anak berhak mendapat pendidikan yang terbaik dan sokongan yang berterusan. Sertai keluarga Al-Faqih hari ini dan rasai sendiri perubahan positif dalam pembelajaran anak anda!